Mohammad Ikhmal Danial Bin Mohammad Yusoff

Assalamualaikum buat pembaca semua.. Haaa, mesti semua heran kan, sejak bila budak ni ada blog. Ok aku dah buat blog ni sejak tahun 2011 tapi tak pernah nak meng'update' pon.. Biasa la bukan blogger tegar.. Buat blog ni pon just for fun orang cakap.. Kalau korang baca balik post2 aku yang sebelum ni mesti korang pelik sket.. Bertapa berubahnya cara penulisan aku 😼 dulu stail budak2 tak matang lagi menaip.. sekarang lain la dah berubah sket but still matang tu tak nampak lagi..

Okay, sebenarnya aku update blog ni secara tiba2 ada sebabnya.. Mugkin sesetengah yang baca post ni akan kenal siapa tu Ikhmal Danial.. Nama ni pon aku dah mention dalam blog aku tajuk BUDAK KECIK~ published pada 14/01/2014 (klik sini).. 3 tahun lepas aku post pasal dia.. And pada tahun ni aku akan post sekali lagi about him..

Actually, for me dia sangat istimewa.. Korang nak tau sebab apa aku rapat sangat dgn dia ni boleh la ke post aku tu.. panjang sangat kalau nak cerita pon..

Time ni aku tengah cuti sem for my degree.. boleh dikatakan agak terkejut jugak la aku apabila tahu yang Ikhmal ni dimasukkan ke hospital.. Aku tahu pon time tengah best scroll Insta and then nampak gambar yg dia post pada 1 March, time tu dia di hospital.. dah tahu dia di hospital aku pon cepat2 la contact tanya ward semua, boleh la pergi melawat.. dia dimasukkan ke hospital Kajang and then dipindahkan ke hospital Taiping.. aku pergi melawat time dekat hospital Taiping.. Ikhmal ni disahkan menghidap jangkitan kuman di jantung, jangkitan ni jugak dah buatkan jantung dia lemah.. hanya tuhan ja tahu apa perasaan aku time tu sebab sakit dia ni relate dgn jantung kot.. muda lagi dah kena ujian besar mcm ni.. time dkt taiping dikatakann dalam 1 minggu mcm tu dah boleh keluar dah.. aku dengar tu rasa la lega sikit.. tak risau sangat.. boleh balik rumah dengan tenang..

Cuti sem aku pon abes, aku berangkat lah balik ke Shah Alam.. time dekat Shah Alam ni aku memang tak terpikir langsong nk contact dia.. yela dalam fikiran aku mungkin dia dh keluar, tngah study nk final semua sebab lama stay dalam hospital.. nak kena catch up pelajaran bagai.. sebab aku nak tau jugak keadaan dia, aku pon whatsapp la dia pada 14 March, tpi tak berbalas.. Slalunya kalau msg senang ja dia balas.. sekali lagi aku fikir mybe dia tak nak org ganggu.. aku pon buat relax ja.. last2 aku dpt juga contact salah seorang family dia pada 27 March, rupa-rupanya Ikhmal ni still tak sembuh sepenuhnya lagi and tengah mendapatkan rawatan cara kampung pula.. Then, pada 28 March dia dimasukkan semula ke hospital disebabkan oleh sesak nafas.. katanya CCU Hospital Taiping.. CCU ni ialah coronary care unit.. kiranya dalam ward ni, pesakit dijaga rapi oleh nurse.. kalau tak silap 1 patient 1 nurse.. Dia perlukan oksigen untuk bernafas sebab sesak nafas kn.. Sebak hati aku tngok gambar dia bila family dia hantar dkt aku.. kena menanggung kesakitan smpai macam tu sekali.. keluar masuk hospital.. Sapa lah yang sanggup.. selama dkt hospital ni, dia dikatakan stabil but still tak biasa dengan semua ni.. letih sangat pon tak boleh.. time ni aku dekat Shah Alam and agak jauh kalau nak ke Taiping tu.. Apa yg aku boleh hanya doa.. doakan senjata umat islam..

Then pada 6 April, Ikhmal dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).. Aku dengar tu lega la sikit.. IJN kan pakar jantung, harapan untuk sembuh tu pasti ada.. itu lah anggapan aku.. lagipun IJN dengan Shah Alam ni tak la jauh sangat dalam 48km ja.. boleh la pergi melawat dia.. kata family dia, Ikhmal diberikan ubat untuk kuatkan jantung dia.. Aku pon plan la nak melawat dia pada 8 April, ptg tu dah bersiap semua tiba2 hujan, so aku pon tangguhkan la ke hari keesokkannya iaitu 9 April.. sebelum hari yg aku nak pergi tu, ikhmal ada call aq tanya aku nk dtg ke harini.. aku jwb ya tapi bukan harini.. Ya Allah rasa lega sngat bila dia sendiri call aq.. tapi itu la cara dia bercakap still tak berapa sngat so aq pon cepat2 la putuskan panggilan telefon tu, aku cakap nnti aku contact family dia ja.. tak nak susahkan dia tengah sakit kan.. karang tak larat kena simpan banyak tenaga.. Esok tu (9 April) aku memang tekad nak pergi jugak hujan ke tak.. Aku pon pergi la naik motor aku dengan member aq Luqmanul Hakimi.. ada la dekat sejam jgk perjalanan, sepatutnya 40 minit lebih cam tu ja.. ni semua salah Waze dgn jalan motor la.. dengan sesatnya.. last2 tekad tak nak ikot jalan motor dah, follow jalan kereta ja.. Akhirnya sejam lebih perjlanan baru la sampai ke IJN.. Aku pon teruskan lah niat aku nak melawat dia.. Time aku pergi tu boleh la sembang dgn ikhmal, time tu pon nampak dia sihat boleh makan sambil duduk semua.. boleh sembang2 dgn orang.. tapi makan still bersuap, budak manja la katakan 😼😼 Aku tengok keadaan cam tu pon dah cukup lega.. tenang la sikit hati aku ni tengok dia gembira senyum semua.. Aku stay dekat ward dia sampai petang, lama la jugak dkt situ, tapi sembang kejap2 ja sebab lecturer dia dari permata datang sembang dgn dia.. tak baik la menyampuk kan.. so abes je lecturer dia sembang2 diorang mintak izin nak balik.. aku pon mintak izin nak balik jugak.. dengan perasaan leganya aku bawak motor aku balik Shah Alam..

Esok tu (10 April) tepat pukul 12.00am aku dapat whatsapp dari family dia cakap yg dia muntah2 darah, mula2 ingat kan luka biasa ja dekat tengkuk dia sebab Ikhmal ni kerap jugak batuk2.. Last2 darah yang keluar tu ketul2 darah lama katanya.. time tu aku betul2 nak tidor dah, terus potong niat tu sebab risau sangat.. takut pon ada.. sampai muntah2 darah bagai sapa yang tak risau.. nak luruh jantung baca.. Then dia dimasukkan ke CCU balik, akhirnya doktor dapat result and result tu agak tidak memberangsangkan, berlaku pendarahan di paru2.. Ya Allah takkan tiba2, semalam sihat ja aku tengok, aku baca tu sebak sangat2 sampai tak tau nk buat apa dah.. aku just boleh berdoa ja time tu.. serius rasa tak berguna sangat aku ni.. dia still batuk berdarah sampai last whatsapp aku dpt dari family dia pada pukul 9.48am(10 April).. pagi tu aku ada di dalam kelas tengah belajar.. then tiba2 call masok, sambil menangis2 rupanya family dia yg call cakap ikhmal dah tenat.. time tu aku memang tak boleh nak fikir apa dah.. aku dengar ja perkataan tenat tu dh rasa down gila punya tahap.. Allah ja tahu perasaan aku time tu macam mana.. abes ja kelas first tu aku terus ke IJN.. Full throttle tak ingat dunia dah time tu memang tak fikir langsong pasal diri sendiri.. yang aku tau nk sampai IJN, itu ja.. Sampai ja dekat IJN tu aku terus ke CCU, family dia semua tak senang duduk.. Aku pon time sampai tu Yassin ja.. berdoa harap2 ada la keajaiban yg akan berlaku.. dalam ruang menunggu tu aku duduk paling hujung skli.. time tu air mata aku dah mengalir dah.. teringat mcm2.. last aq sedih smpai tahap mcm ni time arwah tokwan aku meninggal.. tengah aku baca yassin tu mak sedara Ikhmal dtg dekat aku, cerita apa yg berlaku dkt dia.. Mak sedara dia cakap jantung dia lemah sangat, darah tak boleh pam ke paru-paru, jangkitan kuman tu dah mula merebak ke paru-paru, kidney dia.. aku dengar tu cuba jugak tahan air mata aku ni.. sedih sangat dengar.. mulalah aku persoal macam-macam.. lepas tu aku mula fikir, aku cakap dekat dia kena sentiasa positive thinking.. kenapa aku sendiri tak buat mcm tu.. aku pon teruskan berdoa tak henti.. nak sangat dia selamat dari keadaan mcm tu.. selamat dari segalanya.. Lepas tu dalam pukul 11 lebih ke 12 tengah hari macam tu family dia datang dekat aku, inform yang Ikhmal dah sedar and dah stabil.. time tu aku rasa bersyukur sangat2.. rasa lega sangat2.. sesungguhnya Dia masih mendengar doa hamba Dia..

Family dia pon ckp boleh masuk melawat dia pukul 12.30tghri.. pukul 12 lebih tu aku pon masuk lah dlm CCU tu.. time tu dia dah sedar, boleh duduk n bercakap.. katanya dia lapar tak makan lagi.. aku dengar tu aku gembira sangat.. tak dapat aku gambarkan.. sedih ni aku sorok tak nak dia rasa tertekan.. tak nak dia rasa bersalah,.

Hari ini (12 April), Mohammad Ikhmal Danial Bin Mohammad Yusoff masih berada di IJN dan masih medapatkan rawatan untuk lawan sakit dia.. Aku dengan serendah rendah hati memohon agar pembaca blog aku ni sama2 lah kita doakan Ikhmal supaya diberikan kesihatan seperti dulu dan kekuatan untuk melawan sakit dia.. sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.. tak sanggup dah tengok dia terseksa macam ni.. tiap hari bila teringat dekat dia, rasa sebak sangat.. 

Kepada Ikhmal, abg tau Ikhmal kuat.. teruskan lawan sakit Ikhmal tu.. jangan fikirkan pasal benda lain.. just focus on yourself.. Semua orang sayang Ikhmal, papa, mama, kakak, adik beradik Ikhmal, family Ikhmal semua sayang Ikhmal.. Diorang pasti berusaha sebaik mungkin untuk Ikhmal sembuh.. Even abg pon pasti berusaha jugak semampu yang abg boleh demi Ikhmal.. In syaa Allah..

Sampai disini sahaja.. Terima kasih buat semua yang sudi membaca.. Maaf jugak sebab panjang, aku cuba untuk pendekkan tapi, inilah apa yang tersirat dalam hati aku yang ingin aku luahkan.. Maaf juga sebab korang terpaksa membaca isi hati aku ni.. Sekian terima kasih sangat2..




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tuiiisyeeennn!!

merapu!!

Starting!!!